Pembiakan Seks

Pembiakan seks pula memerlukan penglibatan dua organisma, melibatkan dua induk yang berbeza jantina iaitu lelaki/jantan dan perempuan/betina. Pembiakan seks melibatkan organ seks yang menghasilkan gamet(sel pembiakan) dan proses persenyawaan. Gamet jantan dikenali sebagai sperma dan gamet betina sebagai ovum. Pembiakan manusia merupakan satu contoh pembiakan seks yang biasa. Secara amnya, organisma yang lebih rumit akan membiak secara seks sedangkan organisma sel tunggal akan membiak secara aseks.
Proses Persenyawaan
Proses persenyawaan ialah suatu proses percantuman nukleus sperma daripada jantan/lelaki dengan nukleus ovum daripada betina/perempuan untuk membentuk zigot. Zigot kemudian akan berkembang membentuk embrio dan kemudian menjadi fetus(janin) sebelum dilahirkan. Terdapat 2 jenis persenyawaan iaitu persenyawaan luar dan persenyawaan dalam.
1. Persenyawaan Luar
  • Persenyawaan luar ialah proses persenyawaan sperma dan ovum di luar badan betina. Persenyawaan luar biasanya berlaku di dalam air seperti katak.
2. Persenyawaan Dalam
  • Persenyawaan dalam ialah suatu proses persenyawaan sperma (jantan) dan ovum (betina) di dalam badan betina. Persenyawaan dalam berlaku pada hidupan darat seperti burung, reptilia dan mamalia.

0 comments:

Post a Comment