Pembiakan Aseks

Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan induk jantan dan betina. Mana-mana bahagian pada induk boleh berkembang menjadi individu yang baru (anak). Oleh itu, anak yang terhasil mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induknya yang disebut sebagai klon. Terdapat 5 cara untuk pembiakan aseks, iaitu :
1. Belahan Dedua
  • Pembiakan melalui belahan dedua ialah pembelahan sel kepada dua sel anak yang serupa dengan sel induk.
  • Berlaku pada organisma unisel seperti ameba, paramesium, dan bakteria.
2. Pertunasan
  • Pertunasan ialah pembentukan tunas baru pada induk yang akan berkembang dan akhirnya terpisah dari induk untuk menjadi individu yang baru. Anak yang terhasil mempunyai ciri yang serupa dengan induk(klon).
  • Contoh hidupan yang membiak melalui pertunasan ialah hidra (sejenis haiwan)  dan yis (sejenis organisma unisel).
3. Pembentukan Spora
  • Spora adalah zarah halus yang dihasilkan daripada satu atau lebih sel dan diselaputi dengan lapisan yang keras.
  • Apabila spora telah matang, ia akan disebarkan dan menghasilkan individu yang baru.
  • Contoh hidupan yang membiak melalui pembentukan spora ialah tumbuhan tidak berbunga seperi paku pakis, cendawan dan lumut.
4. Penjanaan Semula
  • Penjanaan semula merupakan pembentukan organisma yang baru apabila bahagian pada induk rosak, pecah ataupun putus.
  • Contoh hidupan yang menggunakan sistem pembiakan penjanaan semula ialah tapak sulaiman dan cacing pipih(planarian).
    5. Pembiakan Vegetatif
    • Pembiakan berlaku apabila pokok baru yang tumbuh daripada bahagian spesifik tumbuhan seperti batang, akar, dan daun pada pokok induk.
    • Terdapat beberapa contoh pembiakan vegetatif iaitu batang rayap(runner), umbisi(corms), rizom, bebawang(bulb) dan sulur.

0 comments:

Post a Comment